Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3) (SKSI3) telah mula ditubuhkan sejak tahun 1972 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail(1) sehingga 1982. Ia terletak kira-kira 2 km dari pusat Bandar Kota Bharu. Nama SKSI3 adalah nama yang telah diambil sempena KDYMM Al-Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra.
Pada tahun 1982 sekolah ini mula beroperasi di bangunan sendiri.Pada peringkat permulaan,hanya terdapat satu bangunan sahaja.Pada tahun 2002, SKSI3 telah dinaiktaraf dengan pembinaan 2 blok bangunan baru dan membolehkan sekolah ini menjalankan satu sessi persekolahan.
Harapan yang tinggi diletakkan agar sekolah ini menjadi sekolah yang cemerlang menjelang 2020.

Post a Comment